HeArt…..
Dari segi saintifik hati
merupakan salah satu organ dalam tubuh manusia yang penting dan terletak dalam
rongga perut sebelah kanan dan berfungsi mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam
hati,Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu,mengawal atur metabolisme karbohidrat,
lipid dan asid amino,menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi
hempedu,menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin, menyahtoksik
bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia,sebagai
tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus,menguraikan molekul hemoglobin tua
dan menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.
Namun
bila diteliti dengan lebih mendalam hati merupakan satu bahagian yang menyimpan
beribu perasaan .Melalui hati kita akan merasai kegembiraan yang mampu memberi kekuataan
terhadap diri kita,kadang kala kegembiraan tu sukar untuk kita gambarkan dengan
wang ringgit sehinggakan kita mersakan
dunia ini seperti kita yang miliki itula jadinya bila hati gembira namun bila hati sakit,kecewa,sedih pasti kita akan merasa seolah-olah beban dunia
seperti di bahu kita,sekiranya hati yang sedih tidak di ikuti fikiran yang
waras dan iman yang teguh pastinya bermacam benda yang buruk kita mampu
melakukan sekiranya hati marah pasti kemarahan itu mampu untuk melakukan perkara di luar kotak fikiran
waras.Bila hati sudah terluka amat sukar untuk mnyembuhkannya dengan cepat dan
sekiranya sembuh pasti akan meninggalkan satu parut yang takkan hilang buat
selamanya.
Bila hati sudah mula tercemar dengan
tompokan hitam maka berhati-hati la wahai manusia kerana ianya mampu
menbinasakan dirimu. Bila hati sudah tidak ada serinya lagi manusia mampu akan
menjadi sejahat-jahatnya tanpa memikirkan orang lain perasaan iri hati
merupakan penyakit hati yang sangat berbahaya dan sesiapa yang mempunyai hati
seperti ini segeralah merenung diri sendiri dan perbaiki hati dengan segera untuk menikmati
kehidupan yang sementara ini.
Oh hati terpelihara kau dengan
baiknya,jagnla kau menjadi hati yang sentiasa kelam dan gelap gelita. Sinarilah
hati dengan cahaya-cahaya kegembiraan walaupun kadang-kadang cahaya tersebut akan
hilang namun tabah lah wahai hati dan lawan la arus kegelapan dan kembalilah menyinar
agar kegembiraan sentiasa bersama kami.
0 comments:
Post a Comment