biLa akU Jatuh CiNta
Bila aku jatuh cinta,
Dari kejauhan aku terlihat dirinya jantungku berdegup pantas,semakin dia dekat
aku seolah-olah merasakan dia memandangku,aku hanya mampu menunduk ke bawah
bila dia melintasi aku,bila dia sudah berlalu seribu penyesalan bermain di
fikiran..’aishh,kenapa tak senyum’..’kenapa tak tegur’…
Bila aku jatuh cinta,
Tiada seorang pun tahu dia telah bertakhta di hatiku,tiada siapa
tahu dia telah mencuri hatiku,tiada siapa tahu aku sering mencuri pandang ke
arahnya,tiada siapa tahu dia sering di fikiranku sebelum lelapku di malam hari…
Bila aku jatuh cinta
,
Aku menjadi si pemalu,aku menjadi bisu hanya hati ku mampu
berkata-kata,aku menjadi si pemuja rahsia yang sering berangan ..
Bila kau jatuh cinta,
Aku menjadi si pemuja rahsia dari kejauhan tanpa dia mengetahui
perasaan ku kerana aku takut untuk bersemuka khuatir ianya hanya aku seorang
sahaja merasakanya biarlah perasaan ini hanya aku pendam kerana belum tiba
masanya lagi untuk aku BERCINTA…kerana aku yakin sekiranya dia jodoh pasti ada
JALAN untuk kami berteMU..
0 comments:
Post a Comment